"Kejayaan Bermula Dari HATI."
Jangan direnungkan letihnya usaha tapi renunglah manisnya KEJAYAAN.

About Us

Primadona World Wide Global Sdn Bhd merupakan syarikat hak milik mutlak bumiputra yang beroperasi sepenuhnya dalam bidang Jualan Langsung dan diterajui sendiri oleh Primadona Tanahair, Dato' Sarimah Ahmad. Sebelum tertubuhnya syarikat ini, kami telah membuat penyelidikan bertahun-tahun bersama pakar khususnya dari Mibelle Bio-Chemistry, Switzerland dalam usaha mencari jawapan untuk tampil kekal sihat dan cergas.

Di terajui oleh pakar berpengalaman luas dalam pelbagai bidang seperti Pentadbiran, Pemasaran, Sistem Peniagaan, Farmasi, Promosi serta Periklanan dan sebagainya, Primadona World Wide Sdn Bhd dijangka mampu bersaing dengan syarikat-syarikat jualan langsung yang bertaraf dunia.

Sebagai sebuah syarikat yang mempunyai daya saing yang tinggi, kami amat menitik beratkan pelbagai aspek terutama dari segi kualiti dan keberkesanan produk yang ingin dipasarkan, sistem pemasaran yang menjurus kepada penjanaan pendapatan setiap ahli berada ditahap yang tinggi, promosi yang berpanjangan, pemantauan kepuasan setiap pengguna dan ahli agar berada ditahap maksima dan sebagainya.

Pelbagai penyelidikan dilakukan khususnya terhadap produk yang dipasarkan dan sistem perniagaan yang diwujudkan dari masa ke semasa bagi menjamin keutuhan produk Sarimah Signature Series dalam mendapat pengiktirafan khususnya di Malaysia dan seterusnya peringkat antarabangsa.